Friday, December 18, 2009

salam maal hijrah


Moga dengan kehadiran tahun baru ini bermulalah satu perubahan paradigma yang selama ini belum disentuh atau tersentuh,...dengan semangat dan pengharapan pengampunan maha kuasa (ALLAH SWT) dengan kekuatan yang diberi maka langkahlah dengan semangat waja dan berbekalkan ilmu pengalaman lalu. Harapan yang tinggi agar membuahkan hasil usaha nanti untuk menentukan kehidupan yang lebih baik dari yang lalu.
Satu usaha berserta semangat akan membawa diri seseorang akan lebih berkeyakinan.
walaupun begitu sikap berhati-hati dan memilih perlu ada bagi memastikan ia tidak tergeincir dari landasan hajat.
Selagi HAYAT dikandung badan, maka dengan itu gunalah ia sebaik mungkin dengan amal ibadah untuk bekalan akhirat. HAYAT itu sendiri tiada batas HAYAT nya. Bekalkan HAYAT dengan seberapa banyak mungkin sesuatu yang boleh agar HAYAT sentiasa segar dan bertenaga.

Thursday, December 3, 2009

Mak dan pasanganku

bila seronok aku cari.....pasanganku
bila sedih aku cari la....mak aku
bila berjaya aku ceritakan pada ....pasanganku
bila gagal aku ceritakan pada......mak aku
bila bahagia aku peluk erat.....pasanganku
bila berduka aku peluk erat, sapa lagi.....mak aku
bila bercuti aku bawa....pasanganku
bila sibuk aku hantar anak ke rumah....mak aku
bila hari valentine aku bagi hadih pada .....pasanganku
bila hari ibu..aku ucpa je!.. selamat hari ibu pada.....mak aku
selalunya aku ingat...sapa lagi... pasangan ku
selalunya mak ingat kat aku
bila-bila je aku talipon.....pasanganku
entah bila pun aku tak tau akan talipon....mak aku
dan bayak lagi laa letih aku nak bagi tau.........

baca dan.... lu pikir la sendiri......

mari membaca

membaca dalah jendela ilmu, dengan membaca seseorang itu akan berpengetahuan, jika berpengetahuan seseorang itu akan jadi cerdik, biajk dan pandai didalam satu-satu hal yang di ceburi.
mari membaca diusia seawal 3 1/2 tahun,..bagaimana?..kami ada kaedah yg boleh mempercepatkan membaca kerana dengan kaedah kami ini, seseorang itu boleh membaca selepas enam bulan membaca dengan cara kaedah kami.
apa caranya? iaitu dengan menggunakan kaedah fonik,...apa itu fonik?..ia adalah bunyi,..dengan membunyikan perkataan itu dengan mudah ianya digabungkan menjadi satu perkataan. dengan perkataan ia boleh dijadikan satu ayat, dengan satu ayat ia boleh menjadikan satu karangan pendek.
oleh itu mari membaca...bacalah...bacalah...bacalah.. kerna dengan membaca ia boleh menambah ilmu yang dipelajarinya.....



bersambung.........